Sunday 10 October 2010

Lingkaran Senyap

Sudah lebih dari sebulan saya tidak tampal apa-apa tulisan atas blog ini. Hanya satu alasan sahaja yang boleh saya berikan. Kerana saudara-saudari senyap maka saya pun senyap. Juga disebabkan perkataan “senyap” lah maka saya ingin tanya apakah inti pati untuk teori “Lingkaran Senyap”? Ia merupakan teori komunikasi massa terakhir untuk semester ini yang sedang disampaikan oleh Dr Ali.

Saturday 4 September 2010

Pembingkaian

Sedikit petikan untuk kongsi bersama (selepas pembentangan kolokium siswazah mengenai teori ini pada 1 Sept 2010):

"Framing" has emerged as a major concept in media discourse, perhaps a "paradigm" in the language of the business of academic discourse. "Framing", according to one contributor to the book which is a collection of papers, "refers to the way events and issues are organised and made sense of, especially by media, media professionals, and their audiences." Or, in more academic and extensive terms: "Framing is concerned with the way interests, communicators, sources, and culture combine to yield coherent ways of understanding the world, which are developed using all the available verbal and visual symbolic resources."

It is remarkable the degree to which we see the world through media lenses without even noticing that this is so! In the media context, another writer says, "A frame is a central organising idea for news content that supplies a context and suggests what the issue is through the use of selection, emphasis, exclusion, and elaboration."

[Note: the book refers to "Framing Public Life: Perspectives on Media and our Understanding of the Social World" (2001).]

Tuesday 31 August 2010

Teori Penentuan Agenda

Satu teori komunikasi massa yang popular akan dibawakan kepada pelajar selepas Hari Raya Puasa iaitu Teori Penentuan Agenda atau Agenda-Setting Theory.

Beberapa perkara boleh dijadikan persediaan awal:

1) Siapakah pengasas teori ini?

2) Pengasas teori tersebut berpandukan andaian apa dan dari siapa?

3) Teori ini terkandung dalam apa pendekatan (pandangan dunia)?

4) Apakah konsep-konsep utama terkandung dalam teori ini?

5) Apakah pertalian antara konsep-konsep tersebut?

6) Teori ini biasa dikaji dari aspek mana?

7) Siapakah sarjana dan penyelidik yang popular (selain dari pengasas) membingcangkan teoi ini?

8) Apakah topik yang diperbincangkan?

9) Dan banyak lagi soalan…

Friday 27 August 2010

Komunikasi, pembuatan keputusan, dan jaringan organisasi

Kita mula sentuh peranan komunikasi dalam konteks pembuatan keputusan dan jaringan organisasi pada petang tadi. Ada apa-apa yang boleh kita kongsi bersama?

Saturday 21 August 2010

Teori Penembusan Sosial & Teori Pertukaran Sosial

Dalam hubungan antara manusia, bagaimanakah komunikasi bermula pada pertemuan kali pertama dan berterusan selepas itu? Kedua-dua Teori Penembusan Sosial (Social Penetration Theory) dan Teori Pertukaran Sosial (Social Exchange Theory) dapat membantu kita memahami fenomena komunikasi manusia tersebut. Adakah pandangan anda?

Wednesday 11 August 2010

Teori Peluru Ajaib

Saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar SKKP1043 baru sahaja diperkenalkan satu teori komunikasi yang klasik iaitu Teori Peluru Ajaib (Magic Bulet Theory). Boleh tak sesiapa berkongsi pengetahuan teori ini dengan saya?

Friday 6 August 2010

Masih Teori Komunikasi Massa

Saya masih menerima sambutan yang dingin dari pelajar-pelajar SKKP1043. Mereka seharusnya sudah menghadiri dua kali kuliah mengenai Teori Komunukasi Massa. Saya harap mereka sudah dapat menghayati "komunikasi massa"secara ontologi. Saya masih tunggu respons mereka dan berkongsi pendapat dengan saya.

Dalam komunikasi massa, selain dari menyebar luas ke khalayak yang besar, apakah keunikan alat atau perantaraan yang terlibat? Adakah komunikasi massa masih proses komunikasi sehala pada zaman sekarang?

Saya tertarik dengan slide pertama nota yang diberikan: Apakah cabaran yang terdapat dalam komunikasi massa zaman sekarang yang maju dengan teknologi?