Tuesday 31 August 2010

Teori Penentuan Agenda

Satu teori komunikasi massa yang popular akan dibawakan kepada pelajar selepas Hari Raya Puasa iaitu Teori Penentuan Agenda atau Agenda-Setting Theory.

Beberapa perkara boleh dijadikan persediaan awal:

1) Siapakah pengasas teori ini?

2) Pengasas teori tersebut berpandukan andaian apa dan dari siapa?

3) Teori ini terkandung dalam apa pendekatan (pandangan dunia)?

4) Apakah konsep-konsep utama terkandung dalam teori ini?

5) Apakah pertalian antara konsep-konsep tersebut?

6) Teori ini biasa dikaji dari aspek mana?

7) Siapakah sarjana dan penyelidik yang popular (selain dari pengasas) membingcangkan teoi ini?

8) Apakah topik yang diperbincangkan?

9) Dan banyak lagi soalan…

3 comments:

  1. Teori ini diasaskan oleh Donald Shaw dan Maxwell McCombs (1977)

    Nodelis di atas mengatakan media massa berupaya memindahkan kepentingan sesuatu isu kepada agenda umum. Menurut Little John "Agenda Setting mengukuhkan isu dan imej yang ditonjolkan di dalam minda khalayak"

    Soalan yang lain tu saya tengah baca buku Little John (2005), Marianne Dainton (2005) dan Miller

    ReplyDelete
  2. Saya juga ingin mencuba Dr., saya juga bersetuju dengan Ustaz dengan jawapan soalan 1 dan 2. Berdasarkan pemahaman saya (Sila betulkan sekiranya saya salah sebab ini membantu saya dalam proses untuk memahami teori ini),

    3. Teori ini merupakan pandangan post-positivism kerana ia melihat perhubungan antara media agenda dan public agenda.
    4. Konsep-konsep utama adalah media agenda, public agenda dan policy agenda.
    5.Pertaliannya adalah keutamaan isu yang dibincangkan ditentukan oleh pihak media - media agenda; media agenda mempengaruhi minda masyarakat- public agenda; public agenda mempengaruhi minda pembuat dasar-policy agenda
    6. Teori ini mengkaji peranan media
    7. Walter Lippman - menurutnya media massa adalah perantaraan antara dunia sebenar dan gambaran dalam pemikiran kita. Bernard Cohen- berita bukan sekadar lagi memberitahu 'what to think' tetapi memberitahu pembacanya 'what to think about'

    ReplyDelete
  3. Walter Lippmann dlm bukunya 'Public Opinion' dlm bab bertajuk 'The World Outside & The Pictures in Our Heads' pd zmn penny press di Amerika. Agenda bermaksud isu @ berita yg dimuatkan dlm media massa.

    Bagi menentukan adanya pertalian antara agenda media & agenda publik maka isu yg dibangkitkan dlm media massa perlu mempunyai persamaan dgn isu yg dibincangkan oleh ahli masyarakat.

    Mengandaikan media boleh mempengaruhi sekiranya ia memberi lebih perhatian kpd sesetengah isu& mengurangkan perhatian kepada isu yg lain. Media mengaburi isu yg besar dgn tujuan & agenda tersendiri.

    Kajian diteruskan oleh Bernard Cohen (1963) tetapi kajian scr empirikal dgn lebih mendalam oleh Maxwell Mc Combs & Donald Shaw (1972), yg menyatakan bahawa media massa tidak berkesan sgt dlm mempengaruhi fikiran tetapi amat berkesan dlm mempengaruhi apa yg hendak difikirkan.

    isu yg ditonjolkan oleh media (agenda media) mempunyai pertalian rapat dengan isu dibincangkan publik (agenda publik)

    Masyarakat akn tahu tentang perkara yg diberikan perhatian oleh media& kurang mendapat maklumat tentang perkara yg tidak diberi perhatian oleh media. Drpd andaian ini, media dianggap mempunyai kuasa (powerful) untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat dgn menentukan agenda thdp perkara yg akan dibincangkan & difikirkan. Antara agenda yg dpt ditentukan:
    1.menentukan perkara yg akan difikirkan oleh masyarakat.
    2.menentukan fakta yg boleh dipercayai oleh masyarakat.
    3.menentukan penyelesaian thdp sesuatu masalah
    4.menentukan tumpuan perhatian thdp sesuatu isu.
    5.menentukan apa yg patut diketahui oleh masyarakat.

    ReplyDelete