Friday 6 August 2010

Masih Teori Komunikasi Massa

Saya masih menerima sambutan yang dingin dari pelajar-pelajar SKKP1043. Mereka seharusnya sudah menghadiri dua kali kuliah mengenai Teori Komunukasi Massa. Saya harap mereka sudah dapat menghayati "komunikasi massa"secara ontologi. Saya masih tunggu respons mereka dan berkongsi pendapat dengan saya.

Dalam komunikasi massa, selain dari menyebar luas ke khalayak yang besar, apakah keunikan alat atau perantaraan yang terlibat? Adakah komunikasi massa masih proses komunikasi sehala pada zaman sekarang?

Saya tertarik dengan slide pertama nota yang diberikan: Apakah cabaran yang terdapat dalam komunikasi massa zaman sekarang yang maju dengan teknologi?

6 comments:

  1. Pada pendapat saya, komunikasi sehala adalah tidak relevan untuk zaman sekarang. Manusia zaman sekarang lebih suka untuk memilih hidup yang lebih 'terbuka' dan bukan autokratik. Manusia akan memilih sesuatu (dalam konteks media massa) yang ingin mendengar apa yang mereka mahukan, bukan apa yang media massa ingin mereka dengar/lihat semata-mata.

    Setanding dengan teknologi zaman sekarang yang semakin maju, komunikasi massa juga tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan teknologi tersebut. Seperti apa yang kita dapat lihat sekarang, saluran tv adalah pelbagai berbanding hanya beberapa saluran pada zaman sebelum ini. Begitu juga dengan radio, selain pertambahan saluran, pelbagai usaha dilakukan oleh syarikat radio untuk menarik pendengar. Pada masa yang sama, kita dapat lihat penggunaan internet yang semakin berkuasa ke atas manusia. Kebebasan manusia untuk mendapatkan bermacam-macam maklumat bagi saya merupakan satu cabaran lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak dan remaja. Selain daripada itu, kesahan (reliability) sesuatu maklumat juga menjadi satu persoalan. Kawalan terhadap sumber maklumat (khasnya internet) adalah satu cabaran yang besar bagi semua pihak.

    Nurbani Ahyar
    P57208

    ReplyDelete
  2. Adalah internet merupakan sumber maklumat? Ataupun sebagai saluran dalam proses komunikasi massa (atau komunikasi personal - 1 to 1 secara CMC)?

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, keunikan alat atau perantara ini iaiah berupaya merubah minda, emosi dan perlakuan masyarakat pada ketika itu.

    Jika dibandingkan masyarakat massa dahulu, alat atau perantara yang digunakan memang bersifat sehala contohnya suratkhabar, radio dan tv. Masyarakat dahulu hanya menerima maklumat yang tiba pada penglihatan dan pendengaran mereka sahaja. Selain itu, mereka juga tiada pilihan melainkan menerima maklumat tersebut sebagai ilmu atau hiburan buat mereka.

    Berbeza dengan masyarakat massa pada hari ini. Perkembangan teknologi membuatkan masyarakat terdedah dengan pilihan alat atau perantara yang semakin canggih, mudah dan cepat. Komunikasi dilihat bukan lagi bersihat sehala. Contohnya internet, masyarakat bukan sahaja boleh respon dengan segera, tetapi juga boleh memilih mengikut kehendak dan citarasanya termasuk boleh membuat perbandingan dan penilaian dan mengambil yang terbaik sebagai pilihan mereka.

    ReplyDelete
  4. Walaupun new media bersifat interactive tetapi ianya masih dalam sebahagian besarnya masih dalam kumpulan hot model kerana ianya memerlukan darjah berfikir yang agak tinggi (John Vivian, 2006). Kecuali dalam laman sembang seperti facebook yang agak santai dan lebih kepada chating dan perbualan biasa yang lain. Pada hemat saya Televisyen masih memainkan peranan yang utama kerana ianya lebih cool. Fikiran penonton digerak menggunakan gambar dan suara, just switch on-switch off.

    Manakala new media sekarang memerlukan perkakasan dan perisian yang sesuai. Tanpa kemudahan dan perkakasan yang sesuai kadang-kdang video yang dilihat memakan masa dan ini boleh menjemukan.

    ReplyDelete
  5. Rohani juga memberi jawapan yang baik. Cuba dapatkan keunikan ICT zaman sekarang (yang mebuat proses komunikasi massa berbeza dari dahulu). [Untuk semua rakan-rakan juga]

    Zaidi telah menyatakan salah satu keunikan ICT iaitu "interaktif." Perbanding dibuat antara "internet" dan "TV" kerana "level of cognition." Adakah ini satu kelemahan ICT dan TV masih mendapat sambutan ramai? Cuba fikir.

    ReplyDelete
  6. Untuk mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Prof. Mc Luhan berkaitan hot cool media sila layari web ini ;

    http://archives.cbc.ca/arts_entertainment/media/topics/342-1818/

    ReplyDelete