Monday 2 August 2010

Teori Komunikasi Massa

Untuk membincang teori komunikasi massa, kita harus terlebih dahulu memahami apa dia "komunikasi massa." Siapa boleh bantu?

6 comments:

  1. saya cuba...
    komunikasi massa adalah suatu kaedah yg mensasarkan khalayak yg besar dan tersebar (dan juga mungkin yg tidak dapat dipastikan siapa dan golongan mana) dengan bantuan alat dan medium tertentu supaya mesej yg disampaikan dapat dicapai dengan serentak dan perlu juga membawa kesamaan dari segi makna mesej yg disampaikan.
    Pada saya mungkin ia bermakna komunikasi satu arah...bukankah begitu Doc?? (P57102)

    ReplyDelete
  2. Good try, Hasan. Kalau boleh, cuba meniliti apa sebenarnya "alat dan medium tertentu." Adakah one-way communikasi masih relevan untuk mass comm hari ini?

    ReplyDelete
  3. Komunikasi massa adalah satu medium penyebaran informasi dan maklumat kepada orang ramai. Biasanya, komunikasi massa dikaitkan dengan teknologi seperti TV, radio, internet dan media cetak. Bagi persoalan komunikasi satu hala, pada pendapat saya ia tidak lagi relevan pada hari ini kerana faktor globalisasi. Manusia dapat menembus pelbagai sumber dengan banyak akibat globalisasi. Sebagai contoh, kita boleh dapatkan maklumat melalui tv, radio dan internet bagi informasi yang sama. Oleh itu, respons dari orang ramai adalah diperlukan supaya pihak tertentu (khasnya pihak yang berkuasa) dapat mengetahui respons orang ramai, seterusnya memperbaiki kualiti penyebaran maklumat dan mengawalnya (jika perlu). Blog ini merupakan salah satu contoh komunikasi dua hala antara pelajar dan pendidik :)

    Nurbani Ahyar
    P57208

    ReplyDelete
  4. Nurbani, Adakah anda cuba mengaitkan dengan senario sekarang? [Blog ini merupakan salah satu contoh komunikasi dua hala antara pelajar dan pendidik :)] - menguatkan lagi ekspresi dengan emoticon! Ha ha...

    ReplyDelete
  5. masih belum terlewat lagi untuk saya join... saya sangat setuju dgn pandangan Hasan dan Bany...ini pendapat saya pula, komunikasi massa adalah proses komunikasi yang menggunakan media massa (cetak atau elektonik) kepada khalayak yang besar. Bersifat satu hala dan dalam keadaan tertentu boleh bersifat dua hala. Pada pada masa kini komunikasi masa adalah bersifat dua hala dan bersifat interaktif.

    ReplyDelete
  6. Rohani, Tidak terlewat. Percubaan yang baik. cpk

    ReplyDelete