Wednesday 11 August 2010

Teori Peluru Ajaib

Saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar SKKP1043 baru sahaja diperkenalkan satu teori komunikasi yang klasik iaitu Teori Peluru Ajaib (Magic Bulet Theory). Boleh tak sesiapa berkongsi pengetahuan teori ini dengan saya?

10 comments:

  1. yeah, please share with me. I was absent :(

    ReplyDelete
  2. if i am not mistaken (correct me if i am wrong) the magic bullet theory, aka hypodermic needle/syringe theory states that media has direct, immediate and obvious effects on the audience. developed around 1940s, this theory view that audience is passive and do not have the control individual media consumption, in short stating that audience will fully accept the intended message by the mass media. for example, if audience sees a advert that smoking is bad, TMB theory states that the audience will get all the intended messages that smoking is bad too.

    however, results later found out that audience of mass media is active and have the power to choose their preferred media consumption and gratify from it. ( Uses and gratification theory) this has shown that media have limited, not direct/immediate effects on the audience. TMB theory is less applicable after that but it does contribute to new and refined theory research. hope i got all the facts correct. hahaa

    jian yang
    A128285

    ReplyDelete
  3. Teori Peluru Ajaib (Magic Bulet Theory)
    saya pahamkan bahawa theory ini adalah sebuah theory yang memuat pemahaman propaganda lama yang sekarang tanpa terasa masih terpakai(opini saya.semoga berkenaan), saya, melihat dunia iklan yang boleh menembak pelurunya ke para konsumen dan hasilnya sungguh magic..contoh:banyak iklan deterjent buat ibu-ibu dan semua jenama laku di pasaran comersil (sebab iklan masih menggunakan propaganda dalam kemasan the magic bulet theory)...
    DOCTOR..maaf bila masih ada bahasa indonesia dan banyak salah, kerana ini baru nak coba masuk aja.


    fazil
    p55451

    ReplyDelete
  4. Thanks for coming back Jian Yang and welcome on board Fazil. I hope Jian Yang can continue to share. As for Fazil, you have made a good start. Saya boleh faham apa yang cuba diketengahkan dalam Bahasa Indonesia. Saya juga galakkan saudara guna Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  5. berdasarkan pemahaman saya, MBT ini:
    - bersifat sehala
    - audiencenya adalah pasif & lemah
    - audience tdk berupaya utk menyaring maklumat2 yang bertenaga dan tajam menyebabkan mereka menerima sahaja
    - berkuasa penuh utk membentuk minda audience dlm merubah emosi dan perlakuan audience
    - juga sbg media propaganda
    - kebanyakan audiencenya adalah dari kalangan yang kurang berpendidikan dan darjah sosial yang rendah

    ROHANI, P57105

    ReplyDelete
  6. Bullet magic satu teori propaganda yang hanya berkesan kepada masyarakat pasif. Tapi pada pendapat saya walaupun dalam era web 2.0 ini kadang-kadang teori ini masih dipakai. contohnya bagi generasi pertama felda. Bukan kerana mereka pasif atau tiada maklumat tetapi mereka ada 'nostalgia'.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Masih juga membalas Rohani dan Zaidi. Khalayak memang diandai pasif namun adakah mereka didapati "kurang berpendidikan"? Atau sebaliknya, yang berpendidikan tidak dipengaruhi oleh "peluru ajaib"? Satu lagi perkara yang ditimbulkan - kekurangan pertandingan maklumat yang disalurkan oleh media boleh merealisasikan teori peluru ajaib? Cuba fikir dan mungkin boleh dijadikan satu pernyataan masalah kajian (untuk tesis anda) - mana tahu.

    ReplyDelete
  9. Pandangan saya, khalayak menjadi pasif adalah kerana mereka kekurangan maklumat/ilmu dan mereka yang kurang pendidikan boleh jatuh dalam kumpulan pasif ini. Bagi mereka yang berpendidikan pula, peluru ajaib sukar untuk menembusi minda mereka kerana mereka bermaklumat/berilmu, maka maklumat yang hadir dalam minda mereka disaring terlebih dahulu. Seolah-olah sifat 'ajaib' peluru tersebut telah hilang, dan mereka boleh menepis peluru yang menuju ke arah minda mereka.

    Mungkin juga kekurangan pertandingan maklumat yang disalurkan oleh media boleh menyumbang kepada teori ini...mmm...boleh difikirkan...

    ReplyDelete
  10. Cuba fikir: Berpendidikan tidak semestinya berkebijaksanaan; begitu juga tidak berpendidikan tidak semestinya tidak berkebijaksanaan...

    Namun secara umum, ia boleh dikatakan "khalayak menjadi pasif adalah kerana mereka kekurangan maklumat/ilmu dan mereka yang kurang pendidikan boleh jatuh dalam kumpulan pasif ini" yang dinyatakan oleh Rohani.

    Yang saya risau dan sedih adalah yang banyak berpendidikan menjadi pasif bukan kerana mereka kekurangan maklumat/ilmu tetapi tidak berfikir...

    ReplyDelete