Saturday 21 August 2010

Teori Penembusan Sosial & Teori Pertukaran Sosial

Dalam hubungan antara manusia, bagaimanakah komunikasi bermula pada pertemuan kali pertama dan berterusan selepas itu? Kedua-dua Teori Penembusan Sosial (Social Penetration Theory) dan Teori Pertukaran Sosial (Social Exchange Theory) dapat membantu kita memahami fenomena komunikasi manusia tersebut. Adakah pandangan anda?

10 comments:

  1. Berdasarkan pemahaman saya, mengikut SPT komunikasi bermula apabila dua individu membina perhubungan secara ringkas sehingga perhubungan yang mesra berdasarkan 4 peringkat yang berturutan:-
    1. berkongsi sedikit maklumat sahaja dan mengambil langkah berhati-hati sewaktu berinteraksi
    2. mula meneroka maklumat yang ada dan memulakan perbualan kecil.
    3. perbualan seterusnya membuka ruang untuk berkongsi dengan lebih mendalam dan meruntuhkan pemisahan perbezaan yang ada
    4. perkongsian/perbualan yang mendalam seterusnya mencetuskan kemesraan
    Tetapi, SET pula melihat kepada proses pertukaran sosial seperti analisis ekonomi iaitu perhubungan yang melihat kepada keuntungan dan kos, sekiranya keuntungan melebihi kos, maka hubungan kemesraan itu akan kekal dan begitulah sebaliknya.

    Oleh yang demikian, pada pendapat saya, SPT dapat membantu kita dalam membina komunikasi yang berkesan seterusnya membina perhubungan yang mesra, dan SET pula berupaya membantu kita untuk menilai samada perhubungan tersebut perlu diteruskan atau tidak, kekal atau terputus di tengah jalan.

    ReplyDelete
  2. pemahaman saya tentang teori penembusan sosial lebih menjurus kepada komunikasi yg lebih baik setelah semakin banyak sesi komunikasi...tetapi ada juga keadaan di mana semakin dikupas bawang itu...semakin banyak keburukan yang kelihatan...
    adakah itu juga termasuk di dalam teori ini?

    hasan
    P57102

    ReplyDelete
  3. Social Penetration Theory yang diperkenalkan oleh Altman dan Taylor pada 1973 bolehlah digambarkan sepertimana transaksi ekonomi yang melihat kepada mendapatkan lebih banyak pulangan dan mengurangkan kos. Kita boleh mendedahkan diri jika difikirkan dapat memberi sesuatu keuntungan kepada kita, contohnya kita mendedahkan diri sebagai peminat orkid kerana kita yakin sahabat kita akan takjub dan menghargai minat kita. Kita akan berbicara lebih dalam tentang orkid apabila makin banyak penumpuan dan penghargaan yang kita terima. Sebaliknya jika tiada lagi penghargaan maka kita selalunya akan meninggalkan hubungan itu. Pendekata hubungan itu terjalin jika kita ada mendapat faedah.

    Realitinya tidak semua hubungan akan berterusan. Kadang-kadang berlaku juga penarikan diri yang dikatakan sebagai depenetration. So, tak hairanlah jika dulu kawan baik tetapi kemudian terpisah dan tidak berhubung lagi.

    ReplyDelete
  4. Komen tentang pesoalan Hasan yang mengatakan bahawa semakin dikupas bawang semakin kelihatan banyak busuknya, pada hemat saya ialah termasuk dalam teori ini kerana dalam interaksi dan komunikasi matlamat utama ialah 'kenal' sama ada yang baik atau yang buruk. Justeru semakin banyak info baik buruk seseorang yang kita ketahui semakin kondusif hubungan itu jika kita bersifat terbuka dan menerina kekurangan dalam perhubungan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Rohani, Hasan, dan Zaidi,
    Saya simpan komen saya duhulu...
    See you tomorrow (27 Aug). cpk

    ReplyDelete
  6. Ambil hubungan saya dengan mentor saya yang selama 20+ tahun sebagai contoh:

    Kita sama-sama berfikir:

    Adakah kenyataan Rohani valid? - "SET pula berupaya membantu kita untuk menilai samada perhubungan tersebut perlu diteruskan atau tidak, kekal atau terputus di tengah jalan."

    Adakah kenyataan Hasan pernah berlaku? - "tetapi ada juga keadaan di mana semakin dikupas bawang itu...semakin banyak keburukan yang kelihatan..."

    Agak-agak pernah tak kami cerita tentang "orkid" atau seiras seperti kenyataan Zaidi? - "contohnya kita mendedahkan diri sebagai peminat orkid kerana kita yakin sahabat kita akan takjub dan menghargai minat kita."

    ReplyDelete
  7. Saya memang mendapat kesan yang mendalam apabila Dr. Chang bercerita tentang minat seorang pensyarah lain terhadap orkid. Mungkin ini kulit bawang yang pertama. Tetapi bukan kami yang kupas tapi Dr. Chang. Saya akan cuba kupas lapisan kulit yang lain pulak. I hope that i'll make it.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya pendapat Rohani tu perlu tambahan sedikit. Perhubungan memang ada kaitan dengan keuntungan dan kos tetapi ianya bukanlah landasan untuk membuat keputusan sama ada meneruskan atau tidak sesuatu perhubungan itu. Ianya adalah alat ukur sahaja. Sebab itu dalam Islam kita digalakan menziarahi rakan dan memberi hadiah, supaya tahap perhubungan sentiasa diperbaiki.

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula demgan teori tarikan interpersonal? iaitu teori ekuiti.

    ReplyDelete
  10. Boleh tolong jelaskan x dgan lebih terperinci tentang spt???

    ReplyDelete