Saturday 24 July 2010

Dunia & Pandangan Dunia

Dunia hanya ada satu tetapi pandangan terhadapnya adalah pelbagai. Saya sampaikan tiga pandangan dunia dalam kuliah iaitu Post-Positivist, Interpretive, dan Critical. Apakah pandangan anda?

Wednesday 21 July 2010

Bagaimana Teori Dibina?

Nampaknya soalan-soalan yang saya kemukakan tidak mendapat sambutan. Mungkin banyak sangat soalan nampaknya.

Dalam kuliah pertama, saya membuat petikan daripada Littlejohn (2002) yang mengatakan bahawa kita tidak dapat hidup tanpa teori. Kalau demikian, bagaimanakah teori dibinakan dalam kita sebelum kita menggunakannya?

Tuesday 6 July 2010

Mengapa Belajar Teori Komunikasi

Saya diarah untuk mengajar Teori Komunikasi sebagai pra syarat bagi pelajar-pelajar siswazah yang bukan dari pengkhususan komunikasi sebelum itu. Blog yang dicipta khas untuk mereka mungkin bersesuaian untuk mula bertanya: "Mengapa belajar teori komunikasi?" "Apakah dia teori komunikasi?" "Bagaimanakah mendapat ilmu dari teori komunikasi?" "Apakah kebaikan yang dapat diperolehi dari teori komunikasi?"