Tuesday 31 August 2010

Teori Penentuan Agenda

Satu teori komunikasi massa yang popular akan dibawakan kepada pelajar selepas Hari Raya Puasa iaitu Teori Penentuan Agenda atau Agenda-Setting Theory.

Beberapa perkara boleh dijadikan persediaan awal:

1) Siapakah pengasas teori ini?

2) Pengasas teori tersebut berpandukan andaian apa dan dari siapa?

3) Teori ini terkandung dalam apa pendekatan (pandangan dunia)?

4) Apakah konsep-konsep utama terkandung dalam teori ini?

5) Apakah pertalian antara konsep-konsep tersebut?

6) Teori ini biasa dikaji dari aspek mana?

7) Siapakah sarjana dan penyelidik yang popular (selain dari pengasas) membingcangkan teoi ini?

8) Apakah topik yang diperbincangkan?

9) Dan banyak lagi soalan…

Friday 27 August 2010

Komunikasi, pembuatan keputusan, dan jaringan organisasi

Kita mula sentuh peranan komunikasi dalam konteks pembuatan keputusan dan jaringan organisasi pada petang tadi. Ada apa-apa yang boleh kita kongsi bersama?

Saturday 21 August 2010

Teori Penembusan Sosial & Teori Pertukaran Sosial

Dalam hubungan antara manusia, bagaimanakah komunikasi bermula pada pertemuan kali pertama dan berterusan selepas itu? Kedua-dua Teori Penembusan Sosial (Social Penetration Theory) dan Teori Pertukaran Sosial (Social Exchange Theory) dapat membantu kita memahami fenomena komunikasi manusia tersebut. Adakah pandangan anda?

Wednesday 11 August 2010

Teori Peluru Ajaib

Saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar SKKP1043 baru sahaja diperkenalkan satu teori komunikasi yang klasik iaitu Teori Peluru Ajaib (Magic Bulet Theory). Boleh tak sesiapa berkongsi pengetahuan teori ini dengan saya?

Friday 6 August 2010

Masih Teori Komunikasi Massa

Saya masih menerima sambutan yang dingin dari pelajar-pelajar SKKP1043. Mereka seharusnya sudah menghadiri dua kali kuliah mengenai Teori Komunukasi Massa. Saya harap mereka sudah dapat menghayati "komunikasi massa"secara ontologi. Saya masih tunggu respons mereka dan berkongsi pendapat dengan saya.

Dalam komunikasi massa, selain dari menyebar luas ke khalayak yang besar, apakah keunikan alat atau perantaraan yang terlibat? Adakah komunikasi massa masih proses komunikasi sehala pada zaman sekarang?

Saya tertarik dengan slide pertama nota yang diberikan: Apakah cabaran yang terdapat dalam komunikasi massa zaman sekarang yang maju dengan teknologi?

Monday 2 August 2010

Teori Komunikasi Massa

Untuk membincang teori komunikasi massa, kita harus terlebih dahulu memahami apa dia "komunikasi massa." Siapa boleh bantu?