Saturday 24 July 2010

Dunia & Pandangan Dunia

Dunia hanya ada satu tetapi pandangan terhadapnya adalah pelbagai. Saya sampaikan tiga pandangan dunia dalam kuliah iaitu Post-Positivist, Interpretive, dan Critical. Apakah pandangan anda?

4 comments:

  1. hi dr. kuliah minggu ni menarik tapi masih ada macam-macam persoalan. dunia dipenuhi dengan orang yang juga mempunya pelbagai pandangan. setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. betulkah pendapat apabila mengatakan seseorang yang boleh menggunakan pandangan critical adalah menunjukkan seseorang itu lebih bijak berbanding dengan dua pandangan sebelumnya? dan kenapa dr tak masukkan pembelajaran mengenai critical?adakah ianya sesuatu yang susah untuk difahami? adakah wujud kemungkinan bahawa seseorang boleh menggabungkan ketiga-tiga jenis pandangan tersebut dalam sesuatu masa?..hiih..maaf dr, sekadar bertanya sebab ini pandangan saya ketika ini.tQ.

    ReplyDelete
  2. Baik Sdri mengeluarkan pandangan... Bijak atau tidak juga merupakan pandangan yang subjektif. Adalah biasa bagi orang critical yang mengatakan mereka lebih bijak, namun ada juga positivist mengatakan mereka bukan sahaja bijak tambah pula mereka tidak memihak... semua ini perkara lumrah. Pembelajaran critical juga harus berdasarkan kedua-dua post-positivist dan interpretive... Memang ada sarjana cuba menggabungkan pelbagai pandangan atau hybrid - Sdri mungkin akan sampai ke tahap itu dari banyak pembacaan... Good comment! (Matrix?)

    ReplyDelete
  3. Dear Dr. Chang & friends,

    Bagi pandangan saya, ketiga-tiga pandangan ini adalah penting kerana masing-masing mempunyai kekuatan & kelebihan masing-masing. Secara kasar, sudah pasti pandangan kritikal nampak lebih hebat berbanding kedua post-positivist & Interpretive. Tapi dalam masa yg sama, bagi saya, tidak semua keadaan atau fenomena boleh menggunakan metod yang sama. Dalam erti kata lain, pandangan atau pendekatan metod adalah bergantung kepada kesesuaian dengan sesuatu fenomena. Sebagai contoh, Post-positivist bersifat deduktif iaitu 'menguji teori' sedangkan Interpretive adalah bersifat 'reasoning' dan biasanya hasil kajian mewujudkan teori. Sifat yang berbeza antara kedua-dua pandangan ini jelas menunjukkan bahawa masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

    Nurbani Ahyar
    P57208

    ReplyDelete
  4. Saya juga mempunyai pandangan yang sama iaitu mengagung-agungkan pendekatan "critical" semasa sebagai seorang prasiswazah. Namun, pandangan saya sudah berubah... memang ketiga-tiga pendekatan itu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing...

    ReplyDelete